skip to main
|
skip to sidebar
Tunas TV
View shoutbox
LINK
Tunas Islam
Table header
Table header
Table cell 1
Table cell 2
Sunday, January 6, 2008
Yuran Sekolah
Percuma Tapi Kena Bayar
Kenyataan PKR
Ibu bapa keliru bayaran tambahan sekolah
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah yang berkuat kuasa serentak dengan bermulanya sesi persekolahan 2008, masih menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu bapa. Ini kerana mereka yang menyangka hanya perlu membayar sejumlah amaun yang kecil terkejut apabila dikenakan caj tambahan mencecah RM100.
Bayaran tambahan tersebut termasuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), insurans, kokurikulum dan sukan, melebihi had ditetapkan dalam pekeliling mengenai garis panduan harga siling bayaran tambahan yang diedarkan ke semua sekolah oleh Kementerian Pelajaran, Oktober lalu.
Di KELANTAN, golongan ibu bapa mengeluh apabila terpaksa menanggung bayaran tambahan persekolahan yang mencecah sehingga RM180 sedangkan caj maksimum yang ditetapkan kementerian ialah RM38.50 bagi sekolah rendah dan RM55.50 bagi sekolah menengah.
Mereka mendakwa ada sekolah yang mewajibkan pembelian tudung, alat tulis dan keperluan lain yang tidak tersenarai dalam garis panduan selain bayaran Internet, latih tubi, nota amali sains, baju sukan, buku log dan kertas soalan.
Di PERAK, hal yang sama berlaku apabila pelaksanaan langkah baru itu tidak membawa sebarang kesan sebaliknya kadar bayaran yang dikenakan pihak sekolah adalah lebih tinggi berbanding tahun lepas.
Tinjauan Utusan Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang mendapati, kadar yang dikenakan bagi murid tahun satu hingga enam ialah dari RM149.60 hingga RM166.20 seorang.
Di TERENGGANU, bayaran yang perlu ditanggung ibu bapa mencecah RM105.95 bagi sekolah rendah dan RM87.50 untuk sekolah menengah, yang turut melibatkan yuran tahunan PIBG.
Di PERLIS pula, kadar bayaran tambahan bagi murid tahun mencecah sehingga RM116.80.
Bayaran itu termasuk derma PIBG sebanyak RM20 selain yuran khas, keperluan pelajar, buku kerja dan alat tulis.
Tuala wanita dalam senarai bayaran
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Ada sekolah menengah di bandar raya ini memasukkan bayaran ‘tuala wanita’ sebanyak RM25 setahun dalam senarai bayaran tambahan kepada pelajar perempuan bersama buku latihan, lencana, buku rujukan dan sebagainya. Di Johor pula, sebuah sekolah memasukkan bayaran penggunaan tandas RM5 setahun dalam senarai bayaran tambahan berkenaan.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamad Ali Hassan ketika mendedahkan perkara itu, berkata amat menghairankan apabila tuala wanita yang menjadi kegunaan peribadi pelajar perempuan turut dimasukkan dalam senarai bayaran berkenaan oleh pihak sekolah terbabit.
Ada bayaran tambahan tidak masuk akal – NUTP
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 5 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenal pasti beberapa bayaran tambahan yang tidak munasabah dikutip oleh pihak sekolah sedangkan ia tiada kaitan dengan pembangunan pelajar. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng mendedahkan, ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah di sini yang mewajibkan pelajar membayar perkhidmatan pembersihan tandas swasta sebanyak RM11.
Menurut beliau, ada pula sekolah mengenakan bayaran untuk perkhidmatan kad pengimbas perpustakaan dan penyediaan langsir di bilik tersebut.
Jangan pandai melenting
Metro 6 Jan
PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta ibu bapa supaya tidak hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka jika diminta bayar lebih untuk pendidikan anak-anak mereka, sebaliknya menanya diri sendiri apakah sumbangan mereka kepada pihak sekolah.
Katanya, ada sesetengah ibu bapa yang tidak pernah menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau mana-mana aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah tetapi tiba-tiba melenting apabila kononnya diminta membuat bayaran tambahan yang dikatakan mahal.
Komen
Semasa Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Yuran Persekolah dalam belanjawan 2008 pada bulan September 2007, semua pihak menyambut baik dan mendapat mendapat tepukan gemuruh ahli Dewan Rakyat. Sudah tentu yang paling tersenyum lebar ialah Menteri Pelajaran Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dia (Hisyammuddin) dengan bangganya memberitahu bahawa pendidikan di Malaysia adalah percuma, semasa berucap di Persidangan Agung ke 34 Pertubuhan Pendidikan Sainstifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 30 Oktober 2007.
Apa yang sebenarnya dihapuskan
Yuran Sekolah Rendah - RM 4.50
Yuran Sekolah Menengah - RM 9.00
Kerajaan mula mengenakan
Pakej Bayaran Tambahan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2008
Pakej A - RM 38.50 bagi Sek. Ren. dan RM 55.50 bagi Sek. Men.
Pakej B - RM 30.50 bagi Sek. Ren dan RM 44.50 bagi Sek. Men.
Pakej C - RM 23.50 bagi Sek. Ren dan RM 33.50 bagi Sek. Men
* Bayaran Tambahan di atas
tidak termasuk
yuran PIBG dan lain -lain bayaran yang dikenakan oleh sekolah masing-masing.
Apabila Sekolah sesi 2008 dibuka , ibu bapa kecoh dengan bayaran kemasukkan ke sekolah terlalul mahal sehingga mencecah ratusan ringgit seorang. Bayangkan jika seorang bapa mempunyai lima orang anak bersekolah, beerti ia perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM 500.00 pada 2 Jan 2008 untuk sekolah sahaja. Bagi yang berpendapatan RM 2000 dan keatas dan seperti kawan-kawan Dato Hishammuddin tidak menjadi masaalah.
Tetapi bagaimana dengan golongan kebanyakkan marhaen, gaji buroh di Malaysia adalah antara RM 25 hingga RM 50 sehari, dan ada yang kurang daripada itu (tidak termasuk hari cuti). Mungkin Menteri Pelajaran kurang menyelami rasa hidup golongan berpendapatan rendah kerana di sekelilingnya adalah pegawai-pegawai tinggi dan kuncu -kuncu UMNO yang sentiasa mendapat habuan projek, sehingga ia melenting bahawa ibubapa tidak mahu menyumbang sedikit wang pun untuk sekolah.
Sebenarnya rakyat Maaysia telah menyumbang terlalu banyak untuk kemajuan negara. Mereka membayar cukai pendapatan dan juga cukai barangan keperluan harian. Semua Cukai -cukai yang dibayar oleh kilang-kilang besar adalah ditanggung oleh rakyat dengan membeli pada harga kos pengeluaran dan keuntungan termasuk cukai kerajaan.
Malaysia sentiasa mendabik dada sebagai negara maju. Dinegara maju seperti UK rakyatnya bukan sahaja mendapat pendidikan percuma, bahkan ibubapa diberi
elaun
bulanan apabila anaknya mula bersekolah bagi mebiayai perbelanjaan persekolahan.
Renungkan
Rakyat Malaysia sebenarnya cukup sedar dan bertimbang rasa kepada kerajaan khususnya dalam meringankan beban kerajaan. Apabila kenaikan harga petrol dan diesel rakyat bersedia menerima penerangan kerajaan kerana harga minyak dunia naik. ( Tapi yang peliknya bila harga minyak dunia turun, harga petrol dan diesel kita tak juga turun. Ketika Malaysia naikkan harga minyak dua kali, Jepun sebuah negara bukan pengeluar minyak tidakpun menaikkan harga ). Apabila tol naik, kita bayar. Begitu juga apabila TNB umumkan keuntungan sekian juta dan kemudian naikan lagi tariff elektrik, kita bayar. Berapa lama lagi harus rakyat Malaysia diperbodohkan secara terang-terangan. Jadilahlah rakyat yang cerdik dengan membuat pilihan yang cerdik dalam PRU 12
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIGHLIGHT
Gaza Menangis
BERITA
Terkandas di Guangzhou
Ribut Salji di Hunan
Ribut Salji di China
Rafah-Mesir Tutup Sempadan
Gaza Serbu Mesir
Dibenar Ikat Jamin
Marende Speaker Baru
Sharlinie
Percuma Tapi Bayar
Nairobi Semakin Bergolak
Skandel Sex - Soi Lek Ltk Jawatan
Benazir Terbunuh
BERSIH
Nurin
Banjir Pahang
Bicara Bersih
PASTI
Sukan PASTI Sabah
Penaziran Kelantan
Sukan PASTI Johor 2007
Sukan PASTI Gombak 2007
TILAWAH AL QURAN
Surah Ar Rahman - Sudais
Surah Al Mulk - Soud Shuraim
Surah At Taubah - Fahd al Kandari
Surah As Sajdah - Al Afasy
Surah Yasin - Soud Shuraim
KULIAH
TGNA - Tafsir Al Fatihah 1
2
3
TGNA - Tafsir Surah Al Qadr 1
2
Dr. Asri - Cinta Rasul
CERAMAH
Ceramah 11 Jan 08
TGHA.Hadi-T. Mangsa Kezaliman
Ust. Nasarudin Daud - Tim. Speaker
TSUNAMI
Tsunami Preview 1
Acheh 1
2
3
4
Thailand 1
2
Sri Lanka 1
Maldives 1
2
3
MUSTADHAFIN
Rimba Jaya
Roboh Kg. Berembang
Robohnya Kg. Chubadak Tamb.
SUDDEN DEATH
Mati Ketika Ngajar
Pemain Bola Saudi Mati
NASYID
HIJJAZ
Debu2 Dosa
Rasulullah saw.
Dia Kekasih Allah
Hidupnya Insan
Mata Hati
Hidayah
Sunnah Orang Berjuang
Mother
Farshi Turab-Mashary
CARTOON
Sirah Rasulullah saw. 1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
Khalifah Umar 1
2
3
Saladin
Syukur & Kufur 1
2
3
Habil & Qabil 1
2
3
4
5
About Me
tunas
View my complete profile
No comments:
Post a Comment