Table header Table header
Table cell 1Table cell 2

Thursday, January 10, 2008

Tsunami Preview







Tsunami dalam bahasa Jepun bermakna ombak besar di pelabuhan, ia merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh , aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya yang berubah. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam. Apabila gelombang menghampiri pantai kelajuannya menurun, ketinggiannya pula meningkat sehingga 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui setelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya mega tsunami, yang akan menyebabkan sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.
Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.


Tsunami dalam sejarah

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
2004 : Gempa bumi di Lautan Hindi menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 200,000 orang.
1998 : Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
1976 : Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
1960 : Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
1946 : Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
1883 : Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
1755 : Tsunami menghancurkan Lisbon , Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

Tsunami 2004 terjadi apabila berlaku pergerakan pergeseran plate bumi sepanjang 1000 km antara plate Indo –Australia dengan plate Eurasia di lembah laut Sumatra. Kejadian ini menyebabkan salah satunya terangkat setinggi 10 meter di dasar laut menghasilkan gempa 9.3 skala ritcher dan tsunami. Gempa terjadi pada waktu 7:58:53 WIB . Pusat gempa terletak pada koodinat 3.298° U dan 95.779ยบ T lebih kurang 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 kilometer. Gempa ini berkekuatan 9,3 menurut skala Richter dan dengan ini merupakan gempa bumi terdahsyat dalam waktu 40 tahun terakhir ini yang menghantamAsia Tenggara dan Asia Selatan.

Korban
Angka kematian Tusnami 2004 dianggarkan 169 752 dan 127 294 hilang meliputi 11 buah negara. Mangsa yang hilang dipercayai mati dan menjadikan jumlah korban tsunami lebih daripada 287 046 jiwa, manakala 2.24 juta mangsa kehilangan rumah

Berikut ialah bilangan korban mengikut negara

Indonesia : 122, 232 mati dan 113, 937 hilang. Lebih 1juta hilang tempat tinggal
Sri Lanka : 30,974 mati dan 4698 hilang dan 100, 000 keluarga hilang tempat tinggal
India : 10, 776 mati dan 5,640 hilang. (5,554 mati di Andaman dan Pulau Nicobar sahaja )
Thailand : 5 395 mati dan 2, 993 hilang
Somalia : 150 Mati
Maldives : 82 Mati dan 26 hilang
Malaysia : 68 mati
Myanmar : 59 Mati
Tanzania : 10 mati
Seychelles : 3 mati
Bangladesh : 2 mati
Kenya : 1 mati.

Peta Indonesia
Disamping kehilangan nyawa yang besar Indonesia juga mengalami kehilangan keluasan wilayah. Sepanjang pantai yang dihentam tsunami dari Meulaboh hingga Loksumawe mengalami hakisan pantai yang terok. Ombak tsunami telah menelan antara 10 meter hingga100 meter daratan menjadi laut di senpanjang pantai. Bukan sahaja rumah diheret ke laut bahkan beberapa kampung di Meulaboh, Calang dan Banda Acheh turut ditelan menjadi laut. Peta Indonesia turut berubah . Disamping itu beberapa pulau kecil mula mendap akibat dari gegaran 9 skala ritcher, dan mungkin dengan fenomena pemanasan global serta paras laut bertambah, pulau-pulau ini akan hilang dari peta Indonesia.

No comments: