Table header Table header
Table cell 1Table cell 2

Saturday, January 26, 2008

Gaza Serbu Mesir

Benteng di Rafah diletupkan Pada Waktu Malam



Hamas Gunakan Bulldozer - Buka Lebih Banyak Laluan di Rafah



Penduduk Gaza Membeli apa sahaja Keperluan mereka




Hamas terus tekan Mesir - *Pejuang guna jentolak buka laluan kenderaan *Tidak hirau amaran Kaherah

RAFAH , Palestin 26 Jan. – Penduduk Palestin dari Genting Gaza hari ini buat kali pertama memasuki Mesir dengan menaiki kenderaan selepas pejuang Hamas menggunakan jentolak untuk membuka laluan kenderaan di sempadan yang dibolosi sejak lima hari lalu.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian, berpuluh-puluh anggota polis pencegah rusuhan Mesir membentuk rantaian manusia untuk menyekat dua laluan yang digunakan oleh kenderaan di sempadan tersebut.
Beberapa kenderaan berperisai Mesir mengambil kedudukan untuk membantu anggota polis berkenaan.
Sebelum itu pengawal sempadan Mesir hanya memerhatikan kereta bernombor pendaftaran Gaza dan Mesir lalu di hadapan mereka. Pasukan pencegah rusuhan Mesir semalam menggunakan meriam air dan anjing untuk cuba menutup semula sempadan tetapi menghadapi tentangan pejuang Hamas.

Pejuang di Gaza menggunakan jentolak untuk menumbangkan lebih banyak tembok sempadan termasuk kepingan konkrit sambil diperhatikan oleh pasukan keselamatan Hamas.
Tindakan mereka memaksa pasukan keselamatan Mesir berundur.
Penduduk Gaza hari ini menggunakan laluan lebih lebar itu untuk memandu kenderaan memasuki Mesir secara beramai-ramai, menjadikan lebih mudah untuk mereka membawa balik bekalan keperluan.
Pada hari-hari pertama selepas tembok sempadan dipecahkan, kebanyakan penduduk menyeberanginya dengan berjalan kaki.

Lalu lintas bergerak mengikut kedua-dua hala. Banyak kereta Mesir kelihatan di Gaza, termasuk sebuah trak membawa bekalan keju, coklat dan bahan pencuci untuk sebuah pasar raya di Bandar Gaza. Sesetengah penduduk Gaza memandu kereta ke bandar peranginan Mesir, El Arish yang terletak kira-kira 35 kilometer dari sempadan.
Pembolosan sempadan itu diatur oleh pergerakan Hamas yang mentadbir Genting Gaza dalam usaha untuk menekan Mesir supaya merundingkan peraturan baru berhubung pembukaan sempadan itu.

Israel dan Mesir telah menutup pintu sempadan mereka dengan Gaza dalam tempoh dua tahun lalu, terutamanya sejak Hamas mengambil alih wilayah tersebut secara kekerasan pada Jun lepas.

No comments: