Table header Table header
Table cell 1Table cell 2

Thursday, February 7, 2008

Parlimen Turki setuju tarik balik larangan bertudung



ANKARA 7 Feb. - Parlimen Turki hari ini bersetuju menarik balik secara rasmi larangan bertudung di universiti walaupun ia masih mendapat bantahan kuat dari puak sekular di negara ini.
Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Nevzat Pakdil mengumumkan dua undi rahsia yang terus mencerahkan peluang majoriti dua pertiga ahli-ahli dewan yang sebelum ini bersetuju untuk menarik balik larangan itu.
Namun masih terdapat pengundian peringkat kedua pada Sabtu ini bagi semakan terakhir sebelum dikemukakan kepada Presiden Turki Abdullah Gul bagi mengubah di peringkat perlembagaan.
Usul kebenaran memakai tudung itu dibawa ke Parlimen oleh parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP).
Menurut AKP, larangan yang dikuatkuasakan sejak 1980 oleh pihak tentera boleh menyekat kebebasan untuk mendapatkan pendidikan.
Namun pihak sekular, termasuk tentera, kehakiman dan para akademik begitu marah terhadap usul itu kerana ia bertentangan dengan amalan sekular sejak 84 tahun republik itu ditubuhkan.
Menurut Hakki Suha Okay dari Parti Rakyat Republik (CHP) parti pembangkang selaku pendukung utama sekular di Turki, larangan itu akan menggalakkan lagi kepada meluasnya fahaman radikal di negara ini.
CHP sebelum ini mengancam untuk mencabar di mahkamah jika kerajaan berjaya membenarkan pemakaian tudung di universiti itu.
Kebimbangan seperti ini menyebabkan seramai 125,000 orang melakukan tunjuk perasaan pada Sabtu lalu dan berarak menuju ke kubur, Mustafa Kamal Atartuck, iaitu Bapa Kemodenan Turki.
Sementara semalam, ramai lagi terutama dari badan-badan sivik dan kesatuan sekerja berkumpul di hadapan pintu pagar Parlimen menuntut supaya kerajaan tidak membuat sebarang reformasi terhadap larangan bertudung itu.
– AFP