Table header Table header
Table cell 1Table cell 2

Thursday, January 3, 2008

Skandel Sex - Chua Soi Lek Letak Jawatan



Polis tahan wanita edar DVD Soi Lek

Utusan On Line - 04/01/2008
JOHOR BAHRU 4 Jan. - Polis menahan seorang wanita berusia 29 tahun kerana disyaki terbabit dalam pengedaran cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Bukit Perdana, Batu Pahat semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail berkata, wanita yang bekerja sebagai pengusaha salon kecantikan itu ditahan di hadapan kedainya pukul 2.30 petang.
Beliau berkata, pihak polis turut merampas sekeping DVD dan tiga keping cakera padat video (VCD) rakaman tersebut daripada wanita berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa wanita tersebut bukan pasangan bekas Naib Presiden MCA yang dirakam di dalam adegan seks itu dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitannya dalam pengedaran DVD itu.
''Pihak polis telah pun mengambil keterangan daripada wanita ini dan kami sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini secara menyeluruh,'' katanya.

Utusan On Line

--------------------------------

Gejala Sosial Pemimpin

Selama ini remaja selalu dituding jari apabila membicarakan masaalah gejala sosial termasuk zina dan salah laku sex. Perlakuan maksiat ini di kalangan remaja dihebohkan mungkin kerana pendedahan yang mereka sendiri lakukan melalui handset, internet dan video dan lain-lain. Tetapi hakikat sebenarnya sex bebas di kalangan orang dewasa tidak kurang hebatnya. Aktiviti mereka mungkin terselindung di sebalik rumah tangga yang sedia ada dan di tempat eksklusif. Kata orang , pandai makan pandai simpan.
Baru-baru ini negara dikejuktan oleh VCD skandel Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek (CSL). Pada mulanya CSL mengaku dan meminta maaf serta masih mengekalkan jawatanya. Setelah desakan banyak pihak, akhir CSL terpaksa akur dan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.
Di antara kenyataan CSL , Saya bukanlah yang pertama dan saya bukanlah mangsa terakhir seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara begini , samada diperingkat negeri atau kebangsaan.Saya pasti saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.

Dan sindiran sinis beliau – “Because then they think all they have in the Government are all very clean.”

Inilah gambaran rupa buruk pemimpin negara hari ini. Rasuah, penyalahagunaan kuasa gejala sosial sedang menular dikalangan pemimpin negara dan rakyat. Kata hukama, “ Rakyat mengikut ugama (cara hidup) pemimpin mereka.”


SELAMATKAN MALAYSIA .
Katakan TAK NAK BN.
Anda Mampu Mengubahnya.

No comments: