skip to main
|
skip to sidebar
Tunas TV
View shoutbox
LINK
Tunas Islam
Table header
Table header
Table cell 1
Table cell 2
Friday, January 4, 2008
Nairobi Semakin Kalut, 300++ Terbunuh dan lebih 10,000 Pelarian
Keganasan Selepas Pilihanraya
Pertumpahan Darah di Pantai Kenya
Lebih 10,000 Pelarian Paksa - Terbaru (4 Jan 2008 )
Kenya semakin kalut - Ibu kota jadi medan pertempuran
NAIROBI 3 Jan. – Parti pembangkang utama Kenya hari ini menangguhkan perarakan “jutaan rakyat” selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghalang penunjuk perasaan daripada berkumpul bagi menjalankan protes terhadap keputusan pilihan raya Presiden minggu lalu. “Kami akan mengadakan pertemuan di Taman Uhuru pada Selasa ini,” kata seorang pegawai kanan Pergerakan Demokrasi Jingga (ODM), William Ruto kepada sekumpulan penunjuk perasaan di jalan raya ibu negara ini.
Demonstrasi itu merupakan seruan pemimpin tertinggi ODM, Raila Odinga, supaya beliau diperkenalkan sebagai “presiden pilihan rakyat” ketika lebih banyak bukti yang menunjukkan kemenangan Presiden Mwai Kibaki sebagai satu penipuan. Pasukan polis separa tentera Kenya melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah ribuan penunjuk perasaan antikerajaan yang melaungkan “keamanan” dan menyanyikan lagu kebangsaan ketika berarak.
Ibu negara ini menjadi medan pertempuran apabila tembakan dilepaskan di serata tempat, penunjuk perasaan lari bertempiaran, polis pencegah rusuhan memenuhi jalan raya dan kepulan asap tebal menjulang dari kawasan setinggan seperti Kibera. “Kita menghadapi pemerintahan diktator sekarang,” teriak seorang penunjuk perasaan, Julius Akech dalam rentetan kekacauan terbaru hari ini.
Lebih 315 rakyat Kenya terbunuh sejak keganasan politik dan suku kaum meletus selepas pilihan raya Presiden minggu lalu. Beribu-ribu penduduk meninggalkan kawasan setinggan Kibera dan pekan propembangkang yang lain selepas subuh untuk berarak ke Taman Uhuru (Kemerdekaan) di sini bagi menyertai rapat umum sejuta orang yang telah diharamkan oleh kerajaan Kibaki.
Apabila mereka disekat oleh polis, sebilangan penunjuk perasaan duduk di jalan raya dan menghalang lalu lintas. Kedua-dua pihak dalam konflik itu menuduh satu sama lain melakukan pembunuhan dalam keganasan yang telah menggemparkan pemimpin dunia dan menjejaskan bekalan bahan api dan keperluan lain ke sebahagian kawasan di tengah Afrika.
Masyarakat antarabangsa telah menggesa supaya perdamaian diusahakan di negara yang selama ini lebih dikenali sebagai sebuah demokrasi yang subur dan perantara damai di Afrika daripada negara yang bergolak. “Negara ini dipaparkan sebagai model kestabilan tetapi imej ini sudah musnah,” kata Ketua Biskop Afrika Selatan, Desmond Tutu yang berada di sini untuk cuba merundingkan perdamaian.
Sambil menyifatkan Kibaki sebagai “pencuri” yang melancarkan “rampasan kuasa awam”, Odinga berkata, beliau bersedia menerima perantaraan antarabangsa dan menyarankan penubuhan sebuah kerajaan campuran sementara untuk mengadakan semula pilihan raya. Sementara itu, Peguam Negara Kenya, Amos Wako menyarankan supaya badan bebas menentukan kesahihan jumlah undi pilihan raya yang dipertikaikan itu.
Agensi
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIGHLIGHT
Gaza Menangis
BERITA
Terkandas di Guangzhou
Ribut Salji di Hunan
Ribut Salji di China
Rafah-Mesir Tutup Sempadan
Gaza Serbu Mesir
Dibenar Ikat Jamin
Marende Speaker Baru
Sharlinie
Percuma Tapi Bayar
Nairobi Semakin Bergolak
Skandel Sex - Soi Lek Ltk Jawatan
Benazir Terbunuh
BERSIH
Nurin
Banjir Pahang
Bicara Bersih
PASTI
Sukan PASTI Sabah
Penaziran Kelantan
Sukan PASTI Johor 2007
Sukan PASTI Gombak 2007
TILAWAH AL QURAN
Surah Ar Rahman - Sudais
Surah Al Mulk - Soud Shuraim
Surah At Taubah - Fahd al Kandari
Surah As Sajdah - Al Afasy
Surah Yasin - Soud Shuraim
KULIAH
TGNA - Tafsir Al Fatihah 1
2
3
TGNA - Tafsir Surah Al Qadr 1
2
Dr. Asri - Cinta Rasul
CERAMAH
Ceramah 11 Jan 08
TGHA.Hadi-T. Mangsa Kezaliman
Ust. Nasarudin Daud - Tim. Speaker
TSUNAMI
Tsunami Preview 1
Acheh 1
2
3
4
Thailand 1
2
Sri Lanka 1
Maldives 1
2
3
MUSTADHAFIN
Rimba Jaya
Roboh Kg. Berembang
Robohnya Kg. Chubadak Tamb.
SUDDEN DEATH
Mati Ketika Ngajar
Pemain Bola Saudi Mati
NASYID
HIJJAZ
Debu2 Dosa
Rasulullah saw.
Dia Kekasih Allah
Hidupnya Insan
Mata Hati
Hidayah
Sunnah Orang Berjuang
Mother
Farshi Turab-Mashary
CARTOON
Sirah Rasulullah saw. 1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
Khalifah Umar 1
2
3
Saladin
Syukur & Kufur 1
2
3
Habil & Qabil 1
2
3
4
5
About Me
tunas
View my complete profile
No comments:
Post a Comment