Table header Table header
Table cell 1Table cell 2

Wednesday, January 16, 2008

Kibaki, Odinga Angkat Sumpah



NAIROBI 15 Jan. – Parlimen Kenya dibuka hari ini, kali pertama selepas pilihan raya Presiden yang penuh kontroversi sehingga mencetuskan keganasan dengan kumpulan politik bertentangan dijangka bertelagah lagi untuk memilih Speaker baru. Presiden Mwai Kibaki dan pemimpin pembangkang Raila Odinga turut mengangkat sumpah sebagai anggota dewan semasa sesi pertama itu.
Pada masa yang sama kawalan keselamatan diperketatkan dengan askar ditempatkan di sekeliling bangunan dan sesetengah jalan raya ditutup.

Kedua-dua parti pimpinan Kibaki dan Odinga dilaporkan cuba menarik sokongan parti-parti kecil dalam usaha memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk melantik Speaker. Para pemerhati bebas pula memberi amaran kedua-dua parti merasuah ahli-ahli Parlimen bagi memperoleh undi.

Gerakan Demokratik Oren (ODM) yang dipimpin Odinga memperoleh 99 daripada 222 kerusi Parlimen berbanding parti memerintah, 43 kerusi. Jurucakap pembangkang, Salim Lone berkata “Kami pergi ke Parlimen dan duduk di bahagian kerajaan bagi menunjukkan bahawa kami memenangi pilihan raya.”

Sementara itu, bagi memecah kemelut politik, Kofi Annan ( Bekas Setiausaha PBB) terpaksa membatalkan peranannya sebagai orang tengah kerana diserang selsema. Pemimpin kerajaaan Kibaki menolak sebarang campur tangan asing dan menganggap tiada krisi yang berlaku di Kenya. Lain pula dengan pemimpin pembangkang, Raila Odinga mengalu-alukan perbincangan dengan melalui orang tengah.

TERBARU
Kenneth Merende – Speaker baru

Sidang pertama parlimen turut mengadakan pemilihan speaker. Selepas tiga pusingan pengundian , Kenneth Merende yang disokong oleh Orange Democratic Movement (ODM ) memperolehi majoriti kecil untuk menjadi speaker. Pegawai parlimen mengumumkan Marende mendapat 105 undi dan pencabar terdekatnya Francis Ole Kaparo yang mendapat sokongan party Kibaki ( Party National Unity ) mendapat 101 undi.

Marenda , 52 tahun seorang lawyer dan berasal dari kampong miskin Mombasa. Beliau turut mengharapkan dapat memandu parlimen bagi membentuk perlembagaan baru Kenya.

Keganasan yang meletus selepas pilihan raya 27 Disember lalu menyebabkan lebih 700 orang terbunuh dan lebih 260,000 penduduk menjadi pelarian dalam negeri sendiri. Krisis yang mencecah hampir tiga minggu itu juga menjejaskan industri pelancongan, mengosongkan hotel-hotel dan melemahkan nilai mata wang Kenya.

No comments: