Table header Table header
Table cell 1Table cell 2

Monday, December 31, 2007

Tsunami Acheh 1

Surah Ar Rahman-Sudais

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2] Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3] Dialah yang telah menciptakan manusia.
[4] Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5] Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
[6] Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7] Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.
[8] Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.
[9] Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.
[11] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang.
[12] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.
[13] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14] Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.
[15] Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
[16] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17] (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19] Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.
[21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22] Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.
[23] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24] Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang.
[25] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26] Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.
[27] Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
[28] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29] Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[31] Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35] Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu).
[36] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37] Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak.
[38] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?
[39] Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya).
[40] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41] Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka).
[42] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43] (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.
[44] Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.
[47] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48] (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.
[49] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50] Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir.
[51] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52] Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54] Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.
[57] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58] Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60] Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?
[61] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62] Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua).
[63] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [64] Kedua-duanya menghijau subur tanamannya.
[65] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66] Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya.
[67] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68] Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.
[69] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70] Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.
[71] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72] Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.
[73] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74] (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.
[75] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76] Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78] Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Sukan PASTI Sabah 2007

Benazir Terbunuh



Pakistan paling merbahaya di dunia?
Ali Bukhari Amir
Dec 28, 07
http://www.harakahdaily.net/


Sememangnya, tepat sekali apabila majalah Newsweek menyatakan bahawa antara negara yang amat merbahaya di dunia ini bukan wilayah Arab di Timur Tengah yang sedang dan sentiasa bergolak, tetapi negara yang paling merbahaya itu adalah Pakistan.

Dengan tajuk muka depan The World's Most Dangerous Country, 29 Oktober lalu dalam majalah tersebut, ia mengheret kenangan saya ke atas ucapan Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dalam rapat umum antara NGO Muslim di Kota Bharu, 27-28 Oktober lalu.
Tepat dua bulan selepas itu, kelmarin 27 Disember, tanah Rawalpindi digegarkan dengan satu letupan yang mengorbankan jiwa sekitar 20 orang awam ketika rapat umum bersama bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto sedang diadakan.
Benazir, seperti yang dilaporkan telah ditembak seorang awam yang mendengar ceramah beliau dalam rapat umum anjurannya Dia mungkin diupah, atau boleh jadi sesiapa sahaja. Identitinya tak dapat dikenal pasti kerana sejurus tembakan peluru bersarang ke bahagian leher dan dada Benazir, dia meletupkan diri hingga mengorbankan orang awam lainnya.
Oleh itu, motif pembunuhan itu tidaklah diketahui sehingga kini.


Seperti Mahatma Gandhi dan Indira Gandhi, nyawa presiden di India dan Pakistan sudah murah. Indira, wanita pertama sebagai Perdana Menteri terbunuh pada 1984 oleh seorang Sikh, di mana ia terkait dengan keinginan menjadikan Punjab sebagai negara merdeka.
Dari segi ini, memang sedikit sebanyak ada juga persamaan watak antara Indira - Benazir ini. Kedua-duanya wanita. Tapi, Benazir tidak berada di puncak kekuasaan ketika dibunuh. Mungkinkah potensi Benazir kembali ke takhta itu menyebabkan beliau dibunuh sebelum pilihan raya?
Ini juga mungkin hipotesis baru. Dalam sejarah negara kita, bukannya tiada seteru politik pembangkang dibunuh kerana potensi dan kelantangan bersuara. Jika tidak percaya, cuba lihat dan semak semula peristiwa yang berlaku kepada Allahyarham Zulkifli Muhammad.
Hingga kini Bush-Musharraf, jalinan kedua-dua pelakon–pemimpin itu mula membantah keras, mengutuk dan entah apa lagi kenyataan sandiwara yang akan dihamburkan.

Ruang kesempatan itu diambil Musharraf untuk menyusun bait ayat untuk memukat undi rakyat. Dalam suatu kenyataan, sambil mengutuk serangan itu, Musharraf mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk menghormati hari pengkebumian Benazir.
"Tindakan kejam ini adalah perbuatan pengganas yang sedang kami perangi selama ini," kata Musharraf. Sementara itu, angkatan para-tentera telah pun diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sempadan negara, demikian menurut Reuters.
Sementara itu, pesaing Benazir, mantan Perdana Menteri Nawaz Sharif, mengumumkan bahawa partinya akan memulaukan pilihan raya kali ini berikutan pembunuhan tersebut.
"Sebenarnya," kata beliau, "Musharaflah 'akar punca kepada semua masalah' di Pakistan dan beliau perlu meletak jawatan segera."
"Tuntutan pilihan raya yang adil dan bebas adalah mustahil dilakukan ketika Musharraf berkuasa," kata bekas Perdana Menteri itu yang turut menyifatkan hal pembunuhan itu sebagai suatu malapetaka bagi "semua bangsa".

Benazir, kembali ke Pakistan Oktober lalu selepas hidup dalam buangan bagi mengelak tuduhan rasuah.
Sejak itu, Benazir telah selamat dalam dua serangan berani mati ketika beliau melakukan perjalanan dalam suatu perarakan di mana lebih seratus orang terbunuh di dalam kejadian itu. Seperti biasa puak militan dipersalahkan atas serangan itu, tapi Benazir tetap berazam meneruskan kempen. Usaha membunuhnya berterusan dan kini membuahkan hasilnya.
Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Rawalpindi kira-kira 6:16 petang (9:16 malam waktu Malaysia ) melalui pengesahan seorang anggota delegasi PPP, Wasif Ali Khan.
Walaupun cara kematian beliau dipertikaikan, seperti tembakan ke bahagian tertentui dan sebagainya, namun hal yang pasti ialah, pengikut Benazir meneriakkan nama Musharraf sebagai dalang pembunuhan itu dengan menggelarnya sebagai 'anjing' dan 'pembunuh'.
Wanita berusia 54 tahun ini bersama partinya, Pakistan People's Party (PPP) ketika ini sedang berkempen menjelang pilihan raya Pakistan yang akan dijadualkan dilaksanakan pada 8 Januari tahun depan.
Bapa Benazir, Zulfikar Ali Bhutto, adalah Perdana Menteri pertama Pakistan yang dipilih menerusi pilihan raya. Beliau dihukum bunuh selepas digulingkan tentera pada 1979.
Benazir menang pilihan raya 1988 pada usia 35 tahun, lalu menjadi pemimpin wanita dunia Islam pertama. Seperti bapanya, dia digulingkan pada 1990 dan dipilih semula pada 1993 sebelum diguling sekali lagi pada 1996 atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa

Rasulallah saw

Friday, December 28, 2007